APA ITU BALANCE SHAFT DAN FUNGSI NYA








BALANCE SHAFT, kebanyakan kereta (bergantung jenis enjin) mempunyai balance shaft.. biasanya 4 silinder engine, kerana SECONDARY VIBRATION tidak akan hilang walau sebaik mana pun komponen enjin  di 'balance'kan.

  secondary vibration berlaku kerana ketidak samaan pusingan crank shaft dengan pergerakan connecting rod dan turun naik piston,.

https://www.youtube.com/watch?v=gdHQ8aTfiQQ

rujuk video di atas..

kesimpulan daripada video itu, pusingan crankshaft  90 darjah daripada top dead centre kepada bottom dead centre, kelajuan piston lebih laju daripada  ketika 90 darjah daripada botom ke top dead centre. Jadi seconary vibration terjadi 2 kali setiap satu kali pusingan (RPM) enjin . sepatut nya kelajuan piston dalam satu pusingan crankshaft sama tetapi disebabkan kedudukan posisi conrod ketidak stabilan ini tak dapat dihilangkan TAK KIRA betapa balancenya enjin tersebut.

  Oleh itu,, seorang engineer British  Frederick W. Lanchester telah invent balance shaft  pada tahun 1904..semata2 untuk counter (balas) secondary force yang menyebabkan inbalance ini. kesan nya enjin akan menjadi lebih smooth dan kurang bergetar dan menambah kan keselesaan  pemandu dan penumpang..

  Tapi tak semua enjin inline 4 ada balance shaft , macam mane tu?


                                             
                                                  enjin honda 2.2 cc dengan balance shaft




                                       


                                                    enjin honda 1.6 tanpa balance shaft



 secondary balance tidak seperti primary balance(artikel lain) yang boleh merosak kan enjin , secondary balance ini hanya getaran yang terasa mengikut kapasiti enjiin tersebut, semaki besar cc enjin semakin tinggi secondary force terbabit, jadi pengeluar kilang enjin hanya install balance shaft pada sesetengah enjin sahaja , lebih2 lagi kenderaan yang di bina untuk comfort contoh toyota estima dll. dan kebanyakan enjin 2.0 dan 1.6 dan kebawah tak ada balance shaft.

  untuk pengetahuan pembaca sekalian, secondary force imbalance ni tidak merosak kan enjin, anda boleh google tentang ini, ramai yang berpendapat b.shaft ini hanya untuk comfort dan meningkat kan jualan kereta,

 KEKURANGAN BALANCE SHAFT!

seperti yang diberitahu, secondary vibration berlaku 2 kali setiap 1 rpm, jadi balance shaft berpusing 2 kali setiap satu rpm untuk membalas nya, untuk high rpm ini merupakan sesuatu yang tidak digalakkan , kerana 6000rpm enjin bersamaan 12rpm  balance shaft! tapi tak se berat pusingan crank shaft kerana tak ada conrod dan piston.. hanya geseran bearing sahaja ..

balance shaft dipusingkan dengan tenaga pusingan enjin, daripada crankshaft,, jadi mengurangkan horsepower enjin . untuk pusingkan balance shaft sahaja dikatakan mengurangkan 10-15 horsepower,,..

 KESIMPULAN

 Untuk kenderaan yang anda gunakan untuk family, adalah lebih baik tidak di buang fungsi balance shaft ni tapi jika anda seorang CAR GUY macam saya , boleh try cuba .. 






 
 








Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN K20A YANG TIADA PADA B16 DAN H22

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ENJIN BOXER 4 (FLAT 4 ENGINE)