KELEBIHAN K20A YANG TIADA PADA B16 DAN H22





dalam dunia vtec 3 enjin ni tidak asing lagi , malah amat biasa kita dengar, . aku tak nak cerita tentang enjin f20c or c30a sebab ejin tu amat jarang orang kita guna,,. 

kelebihan K20A kat sini aku tak maksud kan size piton dengan stroke ke atau lift and degree camshaft sebab dua bab tu boleh dimodified,, aku maksud kan kat sini kelebihan yang MEMANG tak boleh di dapati kat h22a atau b16 b18 ,.. lain la kalau ada kilang enjin yang nak buat untuk korang.. ngeh3.


1.ROCKER ARM ROLLER TYPE
  






gambar atas ialah rocker arm standard bagi enjin b16 b18 dan h22a, yang bawah pulak rocker arm bagi enjin k20. Nampak beza nya kan, .  Dengan ada roda roller ni, geseran antara cam lobe dengan rocker arm semesti nya dapat dikurangkan, . tak seperti h22 dan b16 , yang menjadi pelindung antara cam lobe dengan rocker arm hanyalah lapisan nipis minyak enjin.. 




ini keadaan rocker pad yang  tak smooth, biase nya minyak enjin bermasalah, entah ler


memang ada company yang keluar kan roller rocker untuk b16 dan h22a tapi system vtec akan dibuang .......


2.TIMING CHAIN VS TIMING BELT







timing belt atau timing chain di gunakan untuk menghubungkan crank dengan cam, dengan timing chain,ia lebih kukuh dan mengelakan STRETCHING , serta tak akan berlaku kejadian belt putus yang menyebabkan kerosakan yang besar.


3. 6 SPEED GEARBOX 






seperti yang kita tahu, k20a standard di tala dengan gearbox 6 kelajuan, yang mana nisbah gear yang lebih rapat sekaligus meningkatkan pikap laju kenderaan yang mengguna kan enjin ni,. Untuk enjin B atau H mendapatkan 6 speed gearbox,kos nya amat mahal dan biasa nya  gearbox jenis dog teeth yang tidak sesuai di gunakan harian,, kos nya juga amat mahal.



4. VARIABLE VALVE TIMING ATAU CAM PHASE TIMING


inilah yang membezakan I-VTEC dengan VTEC,,. dengan i-VTEC, timing cam boleh laras mengikut rpm serta kelajuan enjin, yang dikawal oleh komputer (ECU),, berbeza dengan H atau B enjin, yang perlu di pasang adjustable cam gear untuk mengubah timing cam... dan tidak akan dapat result yang sama dengan i-VTEC kerana adjustable cam gear hanya boleh di adjust manually,


5.INTAKE DI HADAPAN


berbeza dengan H atau B, intake k20a terletak di bahagian hadapan , semesti memudah kan aliran udara kerana dengan intake dihadapan aliran udara tak perlu berpusing untuk dikeluarkan , Sbb itu h22a enjin yang di guna kan untuk track pada satu masa dahulu telah di ubah suai head nya supaya intake berada di hadapan semata2 untuk endapatkan kelebihan ini,,
BTCC ACCORD .. perhatikan intake dye..


jadi, ini lah kelebihan yang ada pada k20a yang mane amat sukar di dapati untuk injin h22a dan b16 b18.. mungkin korang ada pendapat yang lain yang mane aku tak tahu, 




Comments

  1. Bos engine b18b kereta apa yg guna..nama kereta yg gunakan b18b

    ReplyDelete
  2. Bos engine b18b kereta apa yg guna..nama kereta yg gunakan b18b

    ReplyDelete
  3. Beza h22a dari segi enjin kod

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

APA ITU BALANCE SHAFT DAN FUNGSI NYA

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ENJIN BOXER 4 (FLAT 4 ENGINE)