KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ENJIN BOXER 4 (FLAT 4 ENGINE)



Enjin boxer memang tak asing lagi bagi peminat Subaru Imprezza , yang merupakan jenis enjin yang amat jarang diguna kan oleh pengeluar kereta..

 Nama boxer enjin ni di ambil daripada situasi petinju(BOXER) semasa melepaskan penumbuk. satu penumbk di depan dan satu lagi di belakang (haha).. rujuk bawah ni





KELEBIHAN 

Enjin boxer 4 lebih stabil daripada enjin inline4 yang mana menghadapi masalah dari segi PRIMARY dan  SECONDARY IMBALANCE (akan diterangkan denga lebih lanjut nanti)yang menyebabkan getaran yang tidak menyelesakan. Ia juga mempunyai centre of gravity( titik gravity) yang rendah , berbeza dengan enjin straight inline 4 yang tinggi kedudukan nya. Bentuk boxer ini juga menjadi kan ia lebih pendek daripada inline 4 dari segi panjang crankshaft.Bentuk nya yang mendatar juga memberi kelebihan dari segi penyejukan enjin,.Walaubagaimanapun, design enjin ni ada rocking vibration , tapi tak teruk  sampai memerlukan balance shaft,.


KEKURANGAN

Antara sebab pengluar kereta jarang menggunakan enjin boxer untuk kereta kerana kos nya yang tinggi, serta emerlukan ruang yang luas dari jarak head silinder ke head silinder yang lain.. Ia juga memerlukan 2 buah head, berbeza dengan inline 4 yang hanya mengunakan satu head sahaja,,( nak pasang saprk plug pun susah sikit).exhoust pulse amat tidak stabil disebabkan oleh exhaust port yang berjauhan antara selinder enjin yang menjadi kan enjin ni berbunyi "burble".

 Disebabkan kos yang tinggi, pengeluar kereta lebih memilih untuk menggunakan enjin inline 4 untuk kenderaan economy, ataw inline 5 dan V6 untuk enjin yang lebih power,. Enjin selain boxer ini, tidak dapat di elakkan daripada ketidak stabilan (imbalance) tetapi dengan teknik computer aid design , masalah ini dapat diselesaikan dengan bermacam design crankshaft , balance shaft dan mounting enjin yang complex bentuk nya. Pengeluar kereta mewah berprestasi tinggi contohnya BMW, PORCHE memilih  ENJIN STRAIGHT 6, BOXER 6, atau V8 kerana enjin ini lebih smooth untuk kapasiti yang besar.

P/S :aku minat v8 doch he3



Comments

Popular posts from this blog

APA ITU BALANCE SHAFT DAN FUNGSI NYA

KELEBIHAN K20A YANG TIADA PADA B16 DAN H22